Langsung ke konten utama

Postingan

Unggulan

Pesan untuk remaja

Orang selalu bilang begini,menjadi seorang insan bernama remaja adalah satu momen yang paling indah dalam hidup.Tanyalah pada yang tua,perkara apa yang mereka inginkan,pasti jawabnya dengan iringan senyuman,mahu kembali menjadi remaja.Tanyalah pada kanak-kanak,mahu jadi seperti apa,pasti kata mereka tidak sabar membesar dan menjadi remaja.Tanyalah remaja yang sedang di alam keremajaannya,apa perasaan menjadi remaja sekarang?Indah atau gundah   sebenarnya menjadi insan yang bernafas dalam tubuh seorang remaja? Hakikatnya,menjadi seorang remaja umpama hidup di antara dua alam,realiti dan ilusi.Remaja,kita sebenarnya masih keliru dan mencari-cari identiti sendiri.Usahlah ada yang mendabik dada awal dan berlagak dewasa.Maka,tidak hairan jika remaja sering dituduh tidak berpendirian dan mudah berubah prinsip.Adakalanya kerana kematangan yang masih belum terserlah,kita lekas membuat penilaian dengan menghukum daripada mengadili sesuatu perkara.Akuilah yang kita selalu mahu...

Postingan Terbaru

Remaja Islam Remaja dakwah